24/01/2014

KOD : 41

sedaya upaya mencoret setiap detik kenangan bersama untuk diabadikan dalam memoir kehidupan ini. agar kenangan itu terus hidup, tak luput dimamah masa. aku cuba semampu boleh, kerana esok lusa tak pasti... tanah mana akan dipijak, bumi mana akan dijunjung.

KOD : 40

pertemuan & perpisahan lumrah dalam kehidupan.

pertemuan yang tidak disengajakan secara suratan.

dan perpisahan yang hanya menanti detik tibanya waktu itu.

yang tinggal hanyalah kenangan. cuma kenangan... erm

06/01/2014

KOD : 39

kalau rebah, bangkit!
kalau rebah lagi, bangkit la sekali lagi.
jangan terus jatuh. bangkit berkali-kali.
diam jadi bodoh. macam tunggul mati.