17/11/2013

KOD : 35

saat ini; saat yang paling aku tak mahu ia datang. yang menghantui kotak fikiran dan segenap ruang hati aku. ia akhirnya tiba juga. tak mampu ku menahan, tak mampu ku menangguh.

sedih aku bukan kerana perkataan berpisah. bukan juga pada jarak & sempadan di mata kasar. hiba ini disebabkan kita tak dapat bersama-sama lagi, sama seperti dalam tempoh yang konon-kononnya seksa; main, makan, lepak, study - pendek kata suka duka. tak kan sama 5 tahun 6 bulan yang lalu dengan 5 tahun 6 bulan yang mendatang. tidak akan sesekali sama.

5 tahun 6 bulan...
tipulah kalau aku katakan tiada sekelumit rasa hiba. tipulah kalau aku katakan kehidupan di sini hanya sia-sia. tipulah kalau aku katakan yang aku tak meratapi derapan langkah kakiku meninggalkan negeri ini. dan memang tipu kalau aku katakan aku akan lupakan semua memori di sini. itu sekadar lagak katangku, menutup duka perasaan.

aku menyusun sepuluh jari, ikhlas dari dasar hati, memohon ampun atas kekhilafan diri ini andai ada mencomotkan keindahan persahabatan kita. yang mungkin aku adalah angkara kendurnya tali ukhwah yang terjalin. yang mungkin aku lah punca kesuraman selepas lebih tiga tahun keakraban ini bersemi. yang mana aku sedikit menyepi untuk baki dua tahun di sini.

terima kasih kerana sudi berkawan, sanggup bersusah payah & ada rasa rindu pada diri ini nanti.

jumpa lagi.
-zbedu-