17/11/2013

KOD : 35 B

dengar sini. aku luahkan dari hati agar hati yang mendengarnya. bukan dari mulut untuk telinga.

coretan ini memang daripada aku. bukan daripada mereka yang mengelilingi kamu.

aku cuma mahu katakan, ada rasa senak di hati ini andai tertoleh melihat kau mengukir sekuntum senyuman kepada lelaki lain. apa maknanya?

mungkin aku tak tunjukkan kepedulianku pada kau. mungkin aku boleh kau anggap lelaki yang tak ada perasaan. mungkin juga lelaki tak guna, ego, sombong. bangang mungkin? tapi.. percayalah apa yang kau percaya pada diri aku.

"apa yang aku ada?" itu lah apa yang berlegar-legar dalam mindaku. "apa yang aku ada?" ..... haish! tak ada apa-apa!

berpeganglah kepada kata-kata ini; kalau jodoh tak ke mana. sama ada lambat atau cepat.