26/11/2013

KOD : 36

when life kicks you in the ass, roll up your sleeves and kick it back. never let someone bring you down when you are up and never sink to a lower level to be something or someone you're not. you never have to impress someone that you don't like.

19/11/2013

KOD : 35 C

aku hanya mampu mengatur bait-bait ini. tidak kekuatan tuk diluahkan. aku hanya mampu memandang kosong tatkala wajah-wajah itu memberikan sinar. pengorbanan wajah-wajah itu suatu yang sukar tuk aku membalasnya. sangat mahal harganya.

dikala aku jatuh, kalian menghulurkan tangan untuk aku gagah berdiri. dikala aku kehibaan kalian hadir menjadi pendengar yang setia. dikala aku menjadi orang nomad, kalian setia bersama aku.

maaf ku pinta andai alpa dan membelakangkan kalian. terima kasih ku hulurkan tanda bersama-sama aku. selamat maju jaya untuk 12 bulan yang akan datang. 

17/11/2013

KOD : 35 B

dengar sini. aku luahkan dari hati agar hati yang mendengarnya. bukan dari mulut untuk telinga.

coretan ini memang daripada aku. bukan daripada mereka yang mengelilingi kamu.

aku cuma mahu katakan, ada rasa senak di hati ini andai tertoleh melihat kau mengukir sekuntum senyuman kepada lelaki lain. apa maknanya?

mungkin aku tak tunjukkan kepedulianku pada kau. mungkin aku boleh kau anggap lelaki yang tak ada perasaan. mungkin juga lelaki tak guna, ego, sombong. bangang mungkin? tapi.. percayalah apa yang kau percaya pada diri aku.

"apa yang aku ada?" itu lah apa yang berlegar-legar dalam mindaku. "apa yang aku ada?" ..... haish! tak ada apa-apa!

berpeganglah kepada kata-kata ini; kalau jodoh tak ke mana. sama ada lambat atau cepat.

KOD : 35

saat ini; saat yang paling aku tak mahu ia datang. yang menghantui kotak fikiran dan segenap ruang hati aku. ia akhirnya tiba juga. tak mampu ku menahan, tak mampu ku menangguh.

sedih aku bukan kerana perkataan berpisah. bukan juga pada jarak & sempadan di mata kasar. hiba ini disebabkan kita tak dapat bersama-sama lagi, sama seperti dalam tempoh yang konon-kononnya seksa; main, makan, lepak, study - pendek kata suka duka. tak kan sama 5 tahun 6 bulan yang lalu dengan 5 tahun 6 bulan yang mendatang. tidak akan sesekali sama.

5 tahun 6 bulan...
tipulah kalau aku katakan tiada sekelumit rasa hiba. tipulah kalau aku katakan kehidupan di sini hanya sia-sia. tipulah kalau aku katakan yang aku tak meratapi derapan langkah kakiku meninggalkan negeri ini. dan memang tipu kalau aku katakan aku akan lupakan semua memori di sini. itu sekadar lagak katangku, menutup duka perasaan.

aku menyusun sepuluh jari, ikhlas dari dasar hati, memohon ampun atas kekhilafan diri ini andai ada mencomotkan keindahan persahabatan kita. yang mungkin aku adalah angkara kendurnya tali ukhwah yang terjalin. yang mungkin aku lah punca kesuraman selepas lebih tiga tahun keakraban ini bersemi. yang mana aku sedikit menyepi untuk baki dua tahun di sini.

terima kasih kerana sudi berkawan, sanggup bersusah payah & ada rasa rindu pada diri ini nanti.

jumpa lagi.
-zbedu-