27/12/2013

KOD : 38

aku acap kali leka dengan permainan dunia. singgahsana gah yang tidak menjanjikan apa-apa. tapi aku terus leka.

lenaku terus dibuai. hanyut dalam kepekatan malam. semakin lupa. semakin jauh dengan pencipta. jiwaku kosong.

arah mana ada cahaya? tunjukkan aku. pimpinlah aku. bawalah aku pergi.

04/12/2013

KOD : 37

"kerana aku bukan siapa-siapa, bukannya kuasa untuk aku dihina-hina"

26/11/2013

KOD : 36

when life kicks you in the ass, roll up your sleeves and kick it back. never let someone bring you down when you are up and never sink to a lower level to be something or someone you're not. you never have to impress someone that you don't like.

19/11/2013

KOD : 35 C

aku hanya mampu mengatur bait-bait ini. tidak kekuatan tuk diluahkan. aku hanya mampu memandang kosong tatkala wajah-wajah itu memberikan sinar. pengorbanan wajah-wajah itu suatu yang sukar tuk aku membalasnya. sangat mahal harganya.

dikala aku jatuh, kalian menghulurkan tangan untuk aku gagah berdiri. dikala aku kehibaan kalian hadir menjadi pendengar yang setia. dikala aku menjadi orang nomad, kalian setia bersama aku.

maaf ku pinta andai alpa dan membelakangkan kalian. terima kasih ku hulurkan tanda bersama-sama aku. selamat maju jaya untuk 12 bulan yang akan datang. 

17/11/2013

KOD : 35 B

dengar sini. aku luahkan dari hati agar hati yang mendengarnya. bukan dari mulut untuk telinga.

coretan ini memang daripada aku. bukan daripada mereka yang mengelilingi kamu.

aku cuma mahu katakan, ada rasa senak di hati ini andai tertoleh melihat kau mengukir sekuntum senyuman kepada lelaki lain. apa maknanya?

mungkin aku tak tunjukkan kepedulianku pada kau. mungkin aku boleh kau anggap lelaki yang tak ada perasaan. mungkin juga lelaki tak guna, ego, sombong. bangang mungkin? tapi.. percayalah apa yang kau percaya pada diri aku.

"apa yang aku ada?" itu lah apa yang berlegar-legar dalam mindaku. "apa yang aku ada?" ..... haish! tak ada apa-apa!

berpeganglah kepada kata-kata ini; kalau jodoh tak ke mana. sama ada lambat atau cepat.

KOD : 35

saat ini; saat yang paling aku tak mahu ia datang. yang menghantui kotak fikiran dan segenap ruang hati aku. ia akhirnya tiba juga. tak mampu ku menahan, tak mampu ku menangguh.

sedih aku bukan kerana perkataan berpisah. bukan juga pada jarak & sempadan di mata kasar. hiba ini disebabkan kita tak dapat bersama-sama lagi, sama seperti dalam tempoh yang konon-kononnya seksa; main, makan, lepak, study - pendek kata suka duka. tak kan sama 5 tahun 6 bulan yang lalu dengan 5 tahun 6 bulan yang mendatang. tidak akan sesekali sama.

5 tahun 6 bulan...
tipulah kalau aku katakan tiada sekelumit rasa hiba. tipulah kalau aku katakan kehidupan di sini hanya sia-sia. tipulah kalau aku katakan yang aku tak meratapi derapan langkah kakiku meninggalkan negeri ini. dan memang tipu kalau aku katakan aku akan lupakan semua memori di sini. itu sekadar lagak katangku, menutup duka perasaan.

aku menyusun sepuluh jari, ikhlas dari dasar hati, memohon ampun atas kekhilafan diri ini andai ada mencomotkan keindahan persahabatan kita. yang mungkin aku adalah angkara kendurnya tali ukhwah yang terjalin. yang mungkin aku lah punca kesuraman selepas lebih tiga tahun keakraban ini bersemi. yang mana aku sedikit menyepi untuk baki dua tahun di sini.

terima kasih kerana sudi berkawan, sanggup bersusah payah & ada rasa rindu pada diri ini nanti.

jumpa lagi.
-zbedu-

29/10/2013

KOD : 34

berjalan sendiri meniti persimpangan ini.
persimpangan terakhir.

28/10/2013

KOD : 33

hari silih berganti.
masa teguh berlari x berlengah walau sedetik pun.
masih ada sisi waktu yang berbaki.
smpi masanya: "bye2bumisangpenyu" & "terimakasih"

23/10/2013

KOD : 032

soronok bg ko x bermakna seronok bg org lain. seronok bg ramai org bkn lesen ragut keseronokan seseorang. x adil.
#fakkronisme

21/10/2013

KOD : 031

kita acap kali terleka bila berada di puncak, bongkak... alpa tentang jerih perih yg berjaya ditempuh.

org ckp, hidup macam roda. maknanya boleh terpusing ke bawah. bila macam tu, betul ke baru kembali sedar & berakal?

mungkin?

29/09/2013

KOD : 030

bola sepak adalah sukan yang penuh dengan emosi. rasailah ia sedalam-dalamnya. nikmatilah setiap detik-detik itu.

28/09/2013

KOD : 029

demi setitik kepuasan.
demi seukir senyuman.
demi sekelumit kebahagian.
dan demi sebutir kejayaan.

tidak perlu penghargaan.
tidak perlu majlis keramaian.
sekadar sepotong ayat.. 
ia lebih daripada memadai.

"BIAR JASA JADI KENANGAN"

13/03/2013

KOD : 028


keliling aku, penuh dengan bias. bukan semua. tapi “segelintir”. dan golongan segelintir ini yang membuatkan aku keliru + celaru.

aku terdetik & berfikir, adakah kopiah/songkok melambangkan tingginya “kemuliaan” seseorang? dengan hanya memakai kopiah/songkok, terus naik graf “kemuliaan” seseorang.

mcm mana dgn org yg x berkopiah/bersongkok? yg jenis rambut belah tengah, pacak2, botak? mereka jahat? maknanya, semakin tebal kopiah, semakin tinggi songkok, beerti semakin “mulia”?

kalau itulah yang jadi ukuran, mungkin sekarang ini aku tergolong dalam golongan “hina”. andai dunia ni penuh dengan golongan yang mcm tu, mungkin aku boleh dikategorikan “terpesong”.

kalaulah betul pakai kopiah/songkok boleh menjadi “mulia”, sekarang juga aku beli.

kalaulah dunia macam tu, “kemuliaan” sgt mudah diperoleh. sebab ada dijual di banyak kedai.  “semua org boleh jd mulia dengan pantas”.   

kesudahannya, aku rela dianggap hina selama-lamanya di mata “golongan segelintir” di atas daripada aku menjadi sebahagian daripada mereka.