06/08/2011

KOD : 008/1

terkejut. aku sangat terkejut mendengar berita perkahwinanmu. seperti terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi gamaknya. terus kelu lidah untuk berkata-kata. ya, memang kita tiada apa hubungan lagi. dan aku lah orang yang memutuskan hubungan itu. tapi ia disebabkan kita berlainan dimensi. berlainan darjat. berlainan pendapat. orang sekeliling mudah berbicara, "alah, setakat bnde kecik mcm tu pon nak break?". tapi bagi aku, itulah yang terbaik. aku perlu mengundur diri kerna aku tidak layak untuk dirimu. aku tidak mahu jadi penghalang kejayaanmu. ianya demi kesenangan kamu di masa hadapan. 

pelik. kenapa aku perlu rasa sedih? kenapa mesti aku cemburu? entah. aku tak pasti. mungkinkah ada sedikit sisa sayang pada dirimu? aku tak tahu. dan aku tak mampu untuk meluahkannya. sebab kamu bakal disunting orang. cuma ada sekelumit rasa terkilan di hati ini. tapi aku tak pasti apakah punca yang menyebabkan aku terkilan. apakah aku terlalu tergila-gilakan kamu? erm. itu juga tak pasti.

memang kesedihan itu wujud dalam benakku. sayu rasa hati ini. tapi aku perlu kuatkan semangat. aku perlu terima kenyataan. aku perlu menganggap apa yang terjadi adalah takdir. takdir yang ditentukan tuhan, dimana kamu dan dia bersatu bersama mencipta mahligai cinta yang teragung. yang setiap pasangan pasti mahu mengecapinya.

biarlah kisah kita lenyap dibawa angin. disapu bersama debu yang berterbangan. biarlah semua kenangan kita itu tidak lagi dikenang. kini baru aku sedari, aku terlalu mengharap sesuatu yang tinggi yang aku sendiri tak mampu mencapainya. dan kini baru aku sedari, aku bukanlah yang terbaik untuk mu. aku mohon ampun padamu atas kekhilafan yang lalu. 

SELAMAT PENGANTIN BARU. 
SEMOGA MAHLIGAI KALIAN KEKAL BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT