29/08/2011

KOD : 011

dulu, kita sangat rapat terpatri erat walau di mana sahaja. susah senang, tawa tangis pasti bersama. tapi kini, badai menjelma. badai yang tak pasti apa puncanya. badai yang mengeruhkan kolam yang dulu jernih airnya. nahtijahnya, kolam itu tidak lagi dikunjungi.

jadi aku lebih senang memencilkan diri. berdiri menilai apa yang sedang terjadi, dan mentafsir apa yang bakal terjadi. semakin aku berdiam diri, semakin aku berkecil hati. semakin aku menunduk ke bumi, semakin aku dipijak dimaki. kalian perlu tau, mengapa aku bersendiri. tika itu, bermacam ragam dapat aku rakam. berbagai pengajaran dapat aku bukukan. 

ingin aku gambarkan, ketika aku terjelopok jatuh. sekeliling ku kosong. aku sedih tanpa kalian di sisi. tika itu, aku melihat banyak batu api. aku tahu aku perlu waspada. di kaki langit, banyak sungguh murai ke sana ke sini. heran, dimensi yang sangat aneh. langsung tidak bertamadun. tiba-tiba perpuluh pisau berterbangan di belakang ku. apakah petanda mimpi ngeri ku ini? aku masih terkandas. menggigl ketakutan. keseorangan.

baru aku sedari, baru dapat ku tafsirkan, bahawa diri ini tak bernilai tika seorang diri. orang sekeliling cuma memerhati malah ada yang keji sanggup meludah ke muka ini. bangsat! kerna aku seorang sahaja, aku tak berani untuk bersuara. hanya mampu mengetap bibir menahan geram! aku berharap agar masa dapat membaiki segalanya. walaupun ianya memakan masa yang lama, aku sanggup menunggu, agar kolam itu kembali jernih. 

kini, kolam yang dulunya sangat keruh, dipenuhi tipu helah, hasad dengki, iri hati - kembali jernih, sedikit demi sedikit. masa yang berlalu, berjaya merubah keadaan. tika ini masing-masing sudah dapat menilai, dapat mentasir yang tersurat dan yang tersirat. kini, aku dapat tersenyum kembali, senyuman yang sama mekar satu ketika dulu.

mungkin aku yang mengeruhkan kolam ini. tapi aku mahu kalian fikirkan tentang apakah debu-debu yang tersirat di dalam kolam itu? harapan aku agar kolam yang kita bina ini, kekal jernih sehingga ke akhir hayat. di kesempatan ini, di hari yang mulia ini, aku menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf andai melakukan kesilapan terhadap kalian. dan halalkan segala makan minum serta ilmu yang kalian curahkan.


●●●▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬●●●
::Selamat Hari Raya Aidilfitri:: Maaf Zahir dan Batin::
●●●▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬●●●('',)

15/08/2011

KOD : 010

lorong itu gelap. sangat gelap.
cuma setompok birat cahaya.
kelam. suram. dan seram.
terasa kosong. sunyi. dan sepi.
senja berlabuh, malam menjelma.
tiada langsung garisan cahaya.
lorong itu semakin durjana.
ada penunggu menanti mangsa.
aduh! aku langsung tiada pilihan.
terpaksa meredah lorong puaka.
tapi hati kecilku begitu sangsi.
mampu menongkah semua ini?
kentalkan hati. bulatkan tekad
terus melangkah mengerah keringat
berdoa harap sentiasa selamat
pasrah andai tewas menjadi mayat
melangkah dan terus melangkah
tiada satu pun kelibat tanda arah.
risau diriku terhumban ke gaung
dihadam oleh perut sang lorong.
andai aku terjelopok kaku.
hulurlah tangan bangkit kan aku.
andai aku terkandas membeku
nyalakan pelita terangi jalanku.
aku tak akan mengaku kalah.
tidak! andai nyawa menjadi taruhan.

aku mesti melepasi garis sempadan,

agar keluar daripada dunia kegelapan.

12/08/2011

KOD : 009

every time i trusted someone, i got burned!
every time i got close to someone, i got screwed!
try to fool me twice, i'll kick your ass.

06/08/2011

KOD : 008/2

tika ini, hujan turun membasahi bumi,
melimpahkan rahmat kepada umat manusia,
pabila titisan itu jatuh mencium dahi sang bumi,
maka makmurlah seluruh pelusuk semesta.

tapi tika ini, aku sedang kebasahan,
kedinginan mengigit kulit dan tulang,
menggigil tubuhku menahan kesejukan,
dek hujan yang menyerang dengan berang.

aku kaku dan termanggu. cuma mampu berdiri,
berdiri pasrah menunggu agar hujan berhenti,
tapi sang awan masih terus memuntahkan isinya,
tubuhku membeku! lemah dan sangat tak bermaya.

tiada langsung tempat berbumbung,
untuk aku berlindung dari serangan hujan,
tiada langsung walau sekaki payung,
yang dapat menahan panahan sang hujan.

sejuk, basah.
tapi aku masih berdiri.
di tempat yang sama
langsung tidak berganjak.
walau sedikit inci pun.

biarlah seluruh jiwa ragaku basah.
aku hanya mampu redha dan pasrah.
dan berdoa agar hujan yang menerjah,
memberikan aku 1001 hikmah.

dan biarlah harapanku itu luntur,
diratah oleh hujan yang masih turun,
semoga semangatku langsung tak kendur,
tuk bangkit semula di garis permulaan.

-HARAPAN BERSAMA HUJAN-

tingkat 2
0811

KOD : 008/1

terkejut. aku sangat terkejut mendengar berita perkahwinanmu. seperti terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi gamaknya. terus kelu lidah untuk berkata-kata. ya, memang kita tiada apa hubungan lagi. dan aku lah orang yang memutuskan hubungan itu. tapi ia disebabkan kita berlainan dimensi. berlainan darjat. berlainan pendapat. orang sekeliling mudah berbicara, "alah, setakat bnde kecik mcm tu pon nak break?". tapi bagi aku, itulah yang terbaik. aku perlu mengundur diri kerna aku tidak layak untuk dirimu. aku tidak mahu jadi penghalang kejayaanmu. ianya demi kesenangan kamu di masa hadapan. 

pelik. kenapa aku perlu rasa sedih? kenapa mesti aku cemburu? entah. aku tak pasti. mungkinkah ada sedikit sisa sayang pada dirimu? aku tak tahu. dan aku tak mampu untuk meluahkannya. sebab kamu bakal disunting orang. cuma ada sekelumit rasa terkilan di hati ini. tapi aku tak pasti apakah punca yang menyebabkan aku terkilan. apakah aku terlalu tergila-gilakan kamu? erm. itu juga tak pasti.

memang kesedihan itu wujud dalam benakku. sayu rasa hati ini. tapi aku perlu kuatkan semangat. aku perlu terima kenyataan. aku perlu menganggap apa yang terjadi adalah takdir. takdir yang ditentukan tuhan, dimana kamu dan dia bersatu bersama mencipta mahligai cinta yang teragung. yang setiap pasangan pasti mahu mengecapinya.

biarlah kisah kita lenyap dibawa angin. disapu bersama debu yang berterbangan. biarlah semua kenangan kita itu tidak lagi dikenang. kini baru aku sedari, aku terlalu mengharap sesuatu yang tinggi yang aku sendiri tak mampu mencapainya. dan kini baru aku sedari, aku bukanlah yang terbaik untuk mu. aku mohon ampun padamu atas kekhilafan yang lalu. 

SELAMAT PENGANTIN BARU. 
SEMOGA MAHLIGAI KALIAN KEKAL BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT






05/08/2011

KOD : 007

mata yang aku miliki masih belum lagi buta...
kerna aku masih mampu melihat warna-warni dunia.

telinga yang aku miliki masih belum lagi tuli...
kerna aku masih mampu mendengar desiran pasir pantai,

mulut yang aku miliki masih belum lagi bisu...
kerna aku masih punyai lidah yang tak kelu.

otak yang aku miliki masih lagi waras...
kerna aku masih dapat berfikir dengan bernas.

hati yang aku miliki masih belum lagi diselubung kehitaman...
kerna aku masih boleh mentafsir apa makna kejahatan.



[apa yang cuma aku ingin sampaikan, aku bukannya manusia dungu!
aku mampu menilai tiap detik yang terjadi di hadapanku. 
adakalanya aku akan bertukar bodoh.
bengong seperti tidak mengerti apa yang terjadi. 
tapi jangan kau tempatkan aku di bawah tapak kaki kau. 
sewenang-wenangnya memijak dan meludah aku!
sebab aku bukannya bingai sepertimana sangkaan kau! 
aku berharap kau tidak bingai seperti mana kau membingaikan orang lain! 
harap orang yang tak bingai macam kau mampu menterjemah tulisanku ini.]

04/08/2011

KOD : 006

kenangan masa lalu sangat indah. sangat manis.
kalau aku dapat menghentikan masa, aku akan hentikan. 
tapi itu semua khayalan. mainan perasaan aku yang telah tandus.
ketandusan kerana rindu detik-detik lalu.

masa tak akan dapat ku hentikan.
 sebab ianya tak kan berlaku dalam realiti kehidupan ini. 
masa akan terus berjalan ke hadapan,
 tanpa menoleh langsung ke belakang.

aku terkapai-kapai kelemasan.
lemas dalam buaian angan-angan. 
jadi memang aku tak dapat berpatah balik ke hari-hari lampau.

dan hakikatnya...
 aku tak akan dapat melalui kenangan itu semula buat kali kedua.

apa yang boleh aku buat? tiada.
cuma boleh merenung, mengenang dan mengimbas sahaja.
hanya mampu simpan kenangan itu dengan rapi,
peluk ia dengan erat di dalam hati.

wahai orang yang sedang mengelilingi ku,
 aku mahu dibuai mimpi lalu, 
tolong jangan ganggu aku!
tolong jangan kejutkan aku! 
biarkan aku hidup dalam dunia ciptaan aku.
aku mahu berimaginasi. 

dan aku mahu berhalusinasi.
mungkin untuk selamanya....