20/07/2011

KOD : 001

ini cerita aku. cerita tentang kisah kehidupan aku. aku manusia. dan kamu juga manusia. tetapi kita berbeza daripada bermacam sudut. aku cakap ya!, tapi kamu pangkah tidak! aku tertawa terguling terbahak, tapi kamu diam membatu membisu. ini adalah kerana kita berbeza.

kehidupan ini tidak semudah yang disangka. aku lalui dengan berbagai jenis duri rintangan. banyak halangan menjelma, banyak masalah melanda. dan banyak juga kepayahan yang tak terduga. tapi aku, masih mampu berdiri untuk terus berjuang menggapai bintang. menakluk angkasaraya agar aku dapat menterjemahkan impianku ke alam yang nyata. seraya menjadi seorang yang berjaya. 

waktu kecilku sering terpalit dengan kehitaman dosa. dosa ibarat si tanggang yang membuang ibunya. lalu disumpah menjadi batu selamanya. begitulah juga aku, terus menerus melukai ibu bapa ku, yang selama ini membelai diriku, dari kecil hinggalah dewasa.

tapi aku masih tidak sedar akan dosa yang sering mematri diriku. sikap & layanan pada mereka masih tidak berubah. perangaiku menyebabkan luka di hati mereka bertambah parah. belum sembuh parut lama, luka baru ku toreh di hati keduanya. aku cuba untuk berubah. tapi tidak jumpa mana satu jalannya. ku pohon hidayah daripada-Mu, wahai tuhan yang maha esa, agar diri ku yang hina ini berjaya keluar dari kepompong dosa. 

dan aku ingin papa dan mama tahu, bahawa aku terlalu sayang pada kalian, rinduku pada kalian kian menebal. malangnya aku tidak dapat menzahirkan rasa hatiku, kerna aku tidak tahu cara apa untuk persembahkannya.