30/07/2011

KOD : 005

manusia..
suka menyalahkan orang lain. suka meletakkan kesalahan di bahu orang lain. mengapa? kerana terlalu mementingkan diri. hatinya terlalu keras. sukar mengaku kekhilafan diri sendiri.

manusia..
ingin sentiasa betul. dan sentiasa benar. juga sentiasa hebat. mengapa? kerana mahu dipandang tinggi. kerana mahu dilambung tinggi. dan juga mahukan publisiti..

manusia..
sanggup meninggi suara. sanggup bertikam lidah. sanggup menumbuk sesiapa sahaja. hanya kerana ingin menang. walaupun pada dasarnya dia lah yang bersalah!

manusia..
di manakah sikap tolerensi?
ke mana hilangnya budi pekerti?
sudah lenyapkah nilai kemanusiaan dalam diri?


hurm.. pelik sungguh dunia ini, kerana harga kemaafan terlalu mahal untuk dibeli!

26/07/2011

KOD : 004

dua kaki ku untuk berdiri,
kepala ku toleh kanan dan kiri,
bukan ku tak mengerti apa terjadi,
kerna telingaku belum lagi tuli.

aku diam hanya memerhati,
untuk melihat drama beraksi,
banyak pelakon menonjol diri,
kononnya sebagai bintang berseri.

jangan lah engkau terlalu hipokrit!
sibuk mencurah minyak ke api!
jangan lah engkau menjadi parasit!
membaham dahan sehingga mati!


24/07/2011

KOD : 003

kata-kata bicara tanpa suara,
kisah manis antara aku dan si dia,
perkenalan kami secara tidak sengaja.
tika bertanya perjalanan pulang beraya.

kita berchating untuk bertukar berita,
kemudian ber-sms untuk berkongsi duka,
banyak benda yang kita cerita,
adakalanya berkongsi rahsia.

ku ingin kau tahu bahawa kau sering bertakhta di jiwa,
tiada yang kedua dan tiada yang ketiganya,
cerita kita berdua bagaikan sebuah drama,
dimana engkau lah bunga, aku lah kumbangnya.

tapi kini konflik menjelma,
perangan dingin terjadi antara kita,
rayuan kemaafan sering dipinta,
namun persengketaan merajai kita.

aku bukan lelaki durjana,
yang sewenangnya perlekehkan si dia,
ku tahu cintamu semahal intan permata,
yang tidak mampu dibeli oleh sesiapa.

sekarang ini kau menderita,
berguguran jatuh derasnya air mata,
mengiringi pemergian insan yang tecinta,
tetapi redhakan lah permegian ayahanda.

jika engkau bersedih aku setia menjadi pendengarnya,
moga hilanglah segala duka sengsara,
kerana semangat kita telah bersatu bersama,
hingga tiada jurang menjadi penghalangnya.

23/07/2011

KOD : 002

Waktu itu, kita masih bersama..
Ke mana sahaja kita tetap bersama..
Bergembira, bergelak ketawa, bersedih duka..
Kita tetap bersama.

Masa itu, kita masih bersama..
Kehidupan yang gembira, suka dan duka..
Aku cuba beri yang terbaik sebagai sahabat..
Tapi, tak diduga begini akhirnya.

Saat itu, kita makin jauh..
Tidak lagi bersama seperti dulu..
Tidak lagi semesra dulu..
Masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri..
Segalanya, tidak lagi seperti dulu..
Kegembiraan itu hilang entah ke mana..
Tanpa diketahui apa puncanya.

Detik ini, baru ku tahu..
Kita tidak lagi sehaluan..
Masing-masing punyai kehidupan sendiri.

Baru ku sedar,
Yang kita harus mencari perubahan hidup yang abadi.

Maafkan aku,
Andai aku yang merubah segalanya.


*credit2tokbomoh*

20/07/2011

KOD : 001

ini cerita aku. cerita tentang kisah kehidupan aku. aku manusia. dan kamu juga manusia. tetapi kita berbeza daripada bermacam sudut. aku cakap ya!, tapi kamu pangkah tidak! aku tertawa terguling terbahak, tapi kamu diam membatu membisu. ini adalah kerana kita berbeza.

kehidupan ini tidak semudah yang disangka. aku lalui dengan berbagai jenis duri rintangan. banyak halangan menjelma, banyak masalah melanda. dan banyak juga kepayahan yang tak terduga. tapi aku, masih mampu berdiri untuk terus berjuang menggapai bintang. menakluk angkasaraya agar aku dapat menterjemahkan impianku ke alam yang nyata. seraya menjadi seorang yang berjaya. 

waktu kecilku sering terpalit dengan kehitaman dosa. dosa ibarat si tanggang yang membuang ibunya. lalu disumpah menjadi batu selamanya. begitulah juga aku, terus menerus melukai ibu bapa ku, yang selama ini membelai diriku, dari kecil hinggalah dewasa.

tapi aku masih tidak sedar akan dosa yang sering mematri diriku. sikap & layanan pada mereka masih tidak berubah. perangaiku menyebabkan luka di hati mereka bertambah parah. belum sembuh parut lama, luka baru ku toreh di hati keduanya. aku cuba untuk berubah. tapi tidak jumpa mana satu jalannya. ku pohon hidayah daripada-Mu, wahai tuhan yang maha esa, agar diri ku yang hina ini berjaya keluar dari kepompong dosa. 

dan aku ingin papa dan mama tahu, bahawa aku terlalu sayang pada kalian, rinduku pada kalian kian menebal. malangnya aku tidak dapat menzahirkan rasa hatiku, kerna aku tidak tahu cara apa untuk persembahkannya.