03/12/2011

KOD : 023

carilah hatimu di 3 tempat..

temui hatimu sewaktu membaca Al-Quran. jika engkau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. jika masih tidak temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati.

jika masih tidak temui hatimu, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu engkau sudah tidak mempunyai hati lagi.



02/12/2011

KOD : 022


"you maybe a dog, but you could be a good cat"

26/11/2011

KOD : 021

kenapa perlu bangkitkan rasa iri hati?
kenapa perlu semarakkan perasaan benci?
kenapa perlu meminta selain dari Illahi?
moga kamu mendapat pengajarannya nanti...

10/11/2011

KOD : 020

beban-beban yang membebani kepala aku buat aku rasa terbeban sangat.

tak terangkat rasanya kepala aku untuk meningkah kesemuanya.

bukan mengeluh. sekadar meluahkan.

aku cuba selesaikan satu-satu beban itu. makin nak selesai, makin banyak beban melayang datang.

apa musibah yang berlaku?

apa hikmah disebalik semua ini?

bebanan beban itu masih terus membebani aku.

06/11/2011

KOD : 019

satu-satu huruf kalau disusun jadi perkataan. 
satu-satu perkataan digabungkan jadi ayat. 
satu-satu ayat dilepaskan jadi perbualan.
satu-satu perbualan didengar oleh telinga. 
satu-satu telinga bersaing untuk saling percaya. hu?

sebab bila ramai yang mampu mengeja, bila ramai yang hebat berkata-kata, akan banyaklah khabar berapi dicipta.

memang........

semua orang boleh berbicara. ramai orang mampu bercerita. 
tapi tak semua kata-kata masuk dalam telinga. 
sebab aku tak mudah "PERCAYA".



02/11/2011

KOD : 018

pijak tanah mana sekalipun, junjung langit apa pun, 
manusia tetap manusia. yang sering alpa dan terleka.
 menghumban diri dalam bencana. terlebur jati diri yang ada.

apa kita manusia yang masih manusia tapi tak hulur tangan walau separuh depa?
 jangan acap kali melontar caci maki. pantulkan segala kata nista. 
jadi urat-urat sumbu supaya api pelita mereka dapat menyala.

manusia perlu kekal menjadi manusia.
 untuk memanusiakan manusia, bukan sekadar memberi peluang kedua, 
tetapi membuka peluang-peluang yang seterusnya.

ingat! jangan silap bagi hukuman.
 kelak manusia bertransformasi menjadi raksasa. 
lagi banyak lah datangnya bala bencana.

apa perlu buat?

jawapannya - 
patri toleransi pada hati agar ego yang terpaksi tunduk ke kaki bumi.

sekian.



RE31111

26/10/2011

KOD : 017

ini cuma andaian aku semata-mata;

manusia tak boleh tengok manusia lain senang. ada je yang tak kena. tak tahu apa yang menyebabkan hati dia sakit. dengki! tu yang bahaya. boleh mengundang macam-macam perkara jahat!

sampai nak jelma asap kemenyan. tuju sana. tuju sini. apa semua ini? kalau tak puas hati sangat, cakap depan-depan. jangan serang belakang.

pelik kan? entah lah. aku tak tau apa matlamat dia. mungkin suka tengok orang susah. rasa gembira. tapi jangan lupa azab balasannya.

erm. ni cuma andaian aku. ok, andaian aku.

**jangan jumpa bomoh!

14/10/2011

KOD : 016

i am bad in history but I can still remember when I first saw u.

i am bad in geography but i can tell u that u live in my heart.

i am bad in chemistry but i can tell whats the reaction when u smile.

i am bad in physics but i can tell the intensity of spark of my eyes when they see u.

i am bad in english but I can tell u that i love u.

i am bad in every subject but i can tell all i will pass all subjects if the topic is u.

26/09/2011

KOD : 015

penat dengan semua ini,
lelah hadapi semua ini,
pitam gara-gara semua ini.

duduk, pandang, teliti.
apa AKAN JADI esok hari?
jawapannya tak pasti.
mungkin sama tiap-tiap hari.

19/09/2011

KOD : 014



orang tua-tua cakap, kalau seseorang rindu dan ingat pada kita, akan muncul sebutir bintang bercahaya. dan mata kita akan terpukau melihat bintang tu dengan tiba-tiba. macam kena pukau. (betul ke?) mungkin betul!

aku keluar berdiri di anjung. meneliti kaki langit. pandang atas, gelap. pandang kiri suram. pandang kiri kelam. langsung tiada bintang berkedipan.

aku termangu, pandangan kosong meneropong tirai langit. mencari sebutir bintang. kepala dongak atas. tak beralih langsung ke kiri dan kanan.

ada cahaya kelip-kelip. ada bintang muncul. tapi jauh. tak mampu aku nak gapai. timbul secebis hampa sebab cahayanya suram. cahayanya tak meriah. tapi hajat aku tercapai sebab ada juga bintang yang hadir malam ini. maknanya ada seseorang rindukan aku.

aku tatap bintang tu lama-lama. aku pejam mata erat-erat. biar perasaan tu mendap dalam hati dalam-dalam.

tiba-tiba awan hitam berarak. hujan renyai-renyai jatuh daripada langit. ruang angkasa semakin gelap. ah! habis hilang bintang pujaan. cahayanya dah pergi jauh.

mungkinkah rindu dia padaku lenyap? aku kembali memerhati langit.

kecewa.

3kondo4
re18911.
+1900.

04/09/2011

KOD : 013


mencari kelainan diri,
terikat terbawa oleh nafsu,
terketar-ketar perjalananku,
menyusuri denai pencarian,
sehingga terpadam api pelita.

moga dibuka hijab istikharah,
dibawahnya aku duduk bersujud,
moga diri dilindungi fitnah besar,
dari gelora mahligai cinta dunia,
nyahlah mimpi fatamorgana itu!




03/09/2011

KOD : 012

seorang ibu setia berdiri,
dibalik langsir kemas terkirai,
mengintai anak melangkah pergi,
berharap kata "selamat" mengiringi kaki,
tapi hampa memanah di hati,
si anak berlalu tanpa menoleh seinci.

apa salah si ibu?
diperlaku seperti batu!
rintih hati pedih menggigit kalbu,
pabila anak perilaku begitu.

si anak pergi berpesta berjimba,
hilang suara mengekek ketawa,
langsung di hati tak terdetik rasa,
tuk mengenang ibu yang sedang lara.

tabahnya ibu memendam perasaan,
parut berdarah tidak dipampangkan,
menghampar perasaan di hadapan tuhan,
agar si anak ketemu pangkal jalan,
menyesali setiap zarah kekhilafan.

pengorbanan ibu sebesar dunia,
terus memadam contengan anakanda,
sayang si anak menafi nilainya,
hati legam mata pun buta.

patuhi ibu selagi dia bersuara,
dakap erat ibu selagi dia bersama,
kucup pipi ibu selagi dia bernyawa,
berbaktilah pada ibu selagi punyai masa.

berbakti.. dan terus berbakti kepada ibu,
kerna di bawah telapak kaki ibu itulah,
ada syurga untuk dikecapi.


Published with Blogger-droid v1.7.4

29/08/2011

KOD : 011

dulu, kita sangat rapat terpatri erat walau di mana sahaja. susah senang, tawa tangis pasti bersama. tapi kini, badai menjelma. badai yang tak pasti apa puncanya. badai yang mengeruhkan kolam yang dulu jernih airnya. nahtijahnya, kolam itu tidak lagi dikunjungi.

jadi aku lebih senang memencilkan diri. berdiri menilai apa yang sedang terjadi, dan mentafsir apa yang bakal terjadi. semakin aku berdiam diri, semakin aku berkecil hati. semakin aku menunduk ke bumi, semakin aku dipijak dimaki. kalian perlu tau, mengapa aku bersendiri. tika itu, bermacam ragam dapat aku rakam. berbagai pengajaran dapat aku bukukan. 

ingin aku gambarkan, ketika aku terjelopok jatuh. sekeliling ku kosong. aku sedih tanpa kalian di sisi. tika itu, aku melihat banyak batu api. aku tahu aku perlu waspada. di kaki langit, banyak sungguh murai ke sana ke sini. heran, dimensi yang sangat aneh. langsung tidak bertamadun. tiba-tiba perpuluh pisau berterbangan di belakang ku. apakah petanda mimpi ngeri ku ini? aku masih terkandas. menggigl ketakutan. keseorangan.

baru aku sedari, baru dapat ku tafsirkan, bahawa diri ini tak bernilai tika seorang diri. orang sekeliling cuma memerhati malah ada yang keji sanggup meludah ke muka ini. bangsat! kerna aku seorang sahaja, aku tak berani untuk bersuara. hanya mampu mengetap bibir menahan geram! aku berharap agar masa dapat membaiki segalanya. walaupun ianya memakan masa yang lama, aku sanggup menunggu, agar kolam itu kembali jernih. 

kini, kolam yang dulunya sangat keruh, dipenuhi tipu helah, hasad dengki, iri hati - kembali jernih, sedikit demi sedikit. masa yang berlalu, berjaya merubah keadaan. tika ini masing-masing sudah dapat menilai, dapat mentasir yang tersurat dan yang tersirat. kini, aku dapat tersenyum kembali, senyuman yang sama mekar satu ketika dulu.

mungkin aku yang mengeruhkan kolam ini. tapi aku mahu kalian fikirkan tentang apakah debu-debu yang tersirat di dalam kolam itu? harapan aku agar kolam yang kita bina ini, kekal jernih sehingga ke akhir hayat. di kesempatan ini, di hari yang mulia ini, aku menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf andai melakukan kesilapan terhadap kalian. dan halalkan segala makan minum serta ilmu yang kalian curahkan.


●●●▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬●●●
::Selamat Hari Raya Aidilfitri:: Maaf Zahir dan Batin::
●●●▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬●●●('',)

15/08/2011

KOD : 010

lorong itu gelap. sangat gelap.
cuma setompok birat cahaya.
kelam. suram. dan seram.
terasa kosong. sunyi. dan sepi.
senja berlabuh, malam menjelma.
tiada langsung garisan cahaya.
lorong itu semakin durjana.
ada penunggu menanti mangsa.
aduh! aku langsung tiada pilihan.
terpaksa meredah lorong puaka.
tapi hati kecilku begitu sangsi.
mampu menongkah semua ini?
kentalkan hati. bulatkan tekad
terus melangkah mengerah keringat
berdoa harap sentiasa selamat
pasrah andai tewas menjadi mayat
melangkah dan terus melangkah
tiada satu pun kelibat tanda arah.
risau diriku terhumban ke gaung
dihadam oleh perut sang lorong.
andai aku terjelopok kaku.
hulurlah tangan bangkit kan aku.
andai aku terkandas membeku
nyalakan pelita terangi jalanku.
aku tak akan mengaku kalah.
tidak! andai nyawa menjadi taruhan.

aku mesti melepasi garis sempadan,

agar keluar daripada dunia kegelapan.

12/08/2011

KOD : 009

every time i trusted someone, i got burned!
every time i got close to someone, i got screwed!
try to fool me twice, i'll kick your ass.

06/08/2011

KOD : 008/2

tika ini, hujan turun membasahi bumi,
melimpahkan rahmat kepada umat manusia,
pabila titisan itu jatuh mencium dahi sang bumi,
maka makmurlah seluruh pelusuk semesta.

tapi tika ini, aku sedang kebasahan,
kedinginan mengigit kulit dan tulang,
menggigil tubuhku menahan kesejukan,
dek hujan yang menyerang dengan berang.

aku kaku dan termanggu. cuma mampu berdiri,
berdiri pasrah menunggu agar hujan berhenti,
tapi sang awan masih terus memuntahkan isinya,
tubuhku membeku! lemah dan sangat tak bermaya.

tiada langsung tempat berbumbung,
untuk aku berlindung dari serangan hujan,
tiada langsung walau sekaki payung,
yang dapat menahan panahan sang hujan.

sejuk, basah.
tapi aku masih berdiri.
di tempat yang sama
langsung tidak berganjak.
walau sedikit inci pun.

biarlah seluruh jiwa ragaku basah.
aku hanya mampu redha dan pasrah.
dan berdoa agar hujan yang menerjah,
memberikan aku 1001 hikmah.

dan biarlah harapanku itu luntur,
diratah oleh hujan yang masih turun,
semoga semangatku langsung tak kendur,
tuk bangkit semula di garis permulaan.

-HARAPAN BERSAMA HUJAN-

tingkat 2
0811

KOD : 008/1

terkejut. aku sangat terkejut mendengar berita perkahwinanmu. seperti terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi gamaknya. terus kelu lidah untuk berkata-kata. ya, memang kita tiada apa hubungan lagi. dan aku lah orang yang memutuskan hubungan itu. tapi ia disebabkan kita berlainan dimensi. berlainan darjat. berlainan pendapat. orang sekeliling mudah berbicara, "alah, setakat bnde kecik mcm tu pon nak break?". tapi bagi aku, itulah yang terbaik. aku perlu mengundur diri kerna aku tidak layak untuk dirimu. aku tidak mahu jadi penghalang kejayaanmu. ianya demi kesenangan kamu di masa hadapan. 

pelik. kenapa aku perlu rasa sedih? kenapa mesti aku cemburu? entah. aku tak pasti. mungkinkah ada sedikit sisa sayang pada dirimu? aku tak tahu. dan aku tak mampu untuk meluahkannya. sebab kamu bakal disunting orang. cuma ada sekelumit rasa terkilan di hati ini. tapi aku tak pasti apakah punca yang menyebabkan aku terkilan. apakah aku terlalu tergila-gilakan kamu? erm. itu juga tak pasti.

memang kesedihan itu wujud dalam benakku. sayu rasa hati ini. tapi aku perlu kuatkan semangat. aku perlu terima kenyataan. aku perlu menganggap apa yang terjadi adalah takdir. takdir yang ditentukan tuhan, dimana kamu dan dia bersatu bersama mencipta mahligai cinta yang teragung. yang setiap pasangan pasti mahu mengecapinya.

biarlah kisah kita lenyap dibawa angin. disapu bersama debu yang berterbangan. biarlah semua kenangan kita itu tidak lagi dikenang. kini baru aku sedari, aku terlalu mengharap sesuatu yang tinggi yang aku sendiri tak mampu mencapainya. dan kini baru aku sedari, aku bukanlah yang terbaik untuk mu. aku mohon ampun padamu atas kekhilafan yang lalu. 

SELAMAT PENGANTIN BARU. 
SEMOGA MAHLIGAI KALIAN KEKAL BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT






05/08/2011

KOD : 007

mata yang aku miliki masih belum lagi buta...
kerna aku masih mampu melihat warna-warni dunia.

telinga yang aku miliki masih belum lagi tuli...
kerna aku masih mampu mendengar desiran pasir pantai,

mulut yang aku miliki masih belum lagi bisu...
kerna aku masih punyai lidah yang tak kelu.

otak yang aku miliki masih lagi waras...
kerna aku masih dapat berfikir dengan bernas.

hati yang aku miliki masih belum lagi diselubung kehitaman...
kerna aku masih boleh mentafsir apa makna kejahatan.



[apa yang cuma aku ingin sampaikan, aku bukannya manusia dungu!
aku mampu menilai tiap detik yang terjadi di hadapanku. 
adakalanya aku akan bertukar bodoh.
bengong seperti tidak mengerti apa yang terjadi. 
tapi jangan kau tempatkan aku di bawah tapak kaki kau. 
sewenang-wenangnya memijak dan meludah aku!
sebab aku bukannya bingai sepertimana sangkaan kau! 
aku berharap kau tidak bingai seperti mana kau membingaikan orang lain! 
harap orang yang tak bingai macam kau mampu menterjemah tulisanku ini.]

04/08/2011

KOD : 006

kenangan masa lalu sangat indah. sangat manis.
kalau aku dapat menghentikan masa, aku akan hentikan. 
tapi itu semua khayalan. mainan perasaan aku yang telah tandus.
ketandusan kerana rindu detik-detik lalu.

masa tak akan dapat ku hentikan.
 sebab ianya tak kan berlaku dalam realiti kehidupan ini. 
masa akan terus berjalan ke hadapan,
 tanpa menoleh langsung ke belakang.

aku terkapai-kapai kelemasan.
lemas dalam buaian angan-angan. 
jadi memang aku tak dapat berpatah balik ke hari-hari lampau.

dan hakikatnya...
 aku tak akan dapat melalui kenangan itu semula buat kali kedua.

apa yang boleh aku buat? tiada.
cuma boleh merenung, mengenang dan mengimbas sahaja.
hanya mampu simpan kenangan itu dengan rapi,
peluk ia dengan erat di dalam hati.

wahai orang yang sedang mengelilingi ku,
 aku mahu dibuai mimpi lalu, 
tolong jangan ganggu aku!
tolong jangan kejutkan aku! 
biarkan aku hidup dalam dunia ciptaan aku.
aku mahu berimaginasi. 

dan aku mahu berhalusinasi.
mungkin untuk selamanya....

30/07/2011

KOD : 005

manusia..
suka menyalahkan orang lain. suka meletakkan kesalahan di bahu orang lain. mengapa? kerana terlalu mementingkan diri. hatinya terlalu keras. sukar mengaku kekhilafan diri sendiri.

manusia..
ingin sentiasa betul. dan sentiasa benar. juga sentiasa hebat. mengapa? kerana mahu dipandang tinggi. kerana mahu dilambung tinggi. dan juga mahukan publisiti..

manusia..
sanggup meninggi suara. sanggup bertikam lidah. sanggup menumbuk sesiapa sahaja. hanya kerana ingin menang. walaupun pada dasarnya dia lah yang bersalah!

manusia..
di manakah sikap tolerensi?
ke mana hilangnya budi pekerti?
sudah lenyapkah nilai kemanusiaan dalam diri?


hurm.. pelik sungguh dunia ini, kerana harga kemaafan terlalu mahal untuk dibeli!

26/07/2011

KOD : 004

dua kaki ku untuk berdiri,
kepala ku toleh kanan dan kiri,
bukan ku tak mengerti apa terjadi,
kerna telingaku belum lagi tuli.

aku diam hanya memerhati,
untuk melihat drama beraksi,
banyak pelakon menonjol diri,
kononnya sebagai bintang berseri.

jangan lah engkau terlalu hipokrit!
sibuk mencurah minyak ke api!
jangan lah engkau menjadi parasit!
membaham dahan sehingga mati!


24/07/2011

KOD : 003

kata-kata bicara tanpa suara,
kisah manis antara aku dan si dia,
perkenalan kami secara tidak sengaja.
tika bertanya perjalanan pulang beraya.

kita berchating untuk bertukar berita,
kemudian ber-sms untuk berkongsi duka,
banyak benda yang kita cerita,
adakalanya berkongsi rahsia.

ku ingin kau tahu bahawa kau sering bertakhta di jiwa,
tiada yang kedua dan tiada yang ketiganya,
cerita kita berdua bagaikan sebuah drama,
dimana engkau lah bunga, aku lah kumbangnya.

tapi kini konflik menjelma,
perangan dingin terjadi antara kita,
rayuan kemaafan sering dipinta,
namun persengketaan merajai kita.

aku bukan lelaki durjana,
yang sewenangnya perlekehkan si dia,
ku tahu cintamu semahal intan permata,
yang tidak mampu dibeli oleh sesiapa.

sekarang ini kau menderita,
berguguran jatuh derasnya air mata,
mengiringi pemergian insan yang tecinta,
tetapi redhakan lah permegian ayahanda.

jika engkau bersedih aku setia menjadi pendengarnya,
moga hilanglah segala duka sengsara,
kerana semangat kita telah bersatu bersama,
hingga tiada jurang menjadi penghalangnya.

23/07/2011

KOD : 002

Waktu itu, kita masih bersama..
Ke mana sahaja kita tetap bersama..
Bergembira, bergelak ketawa, bersedih duka..
Kita tetap bersama.

Masa itu, kita masih bersama..
Kehidupan yang gembira, suka dan duka..
Aku cuba beri yang terbaik sebagai sahabat..
Tapi, tak diduga begini akhirnya.

Saat itu, kita makin jauh..
Tidak lagi bersama seperti dulu..
Tidak lagi semesra dulu..
Masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri..
Segalanya, tidak lagi seperti dulu..
Kegembiraan itu hilang entah ke mana..
Tanpa diketahui apa puncanya.

Detik ini, baru ku tahu..
Kita tidak lagi sehaluan..
Masing-masing punyai kehidupan sendiri.

Baru ku sedar,
Yang kita harus mencari perubahan hidup yang abadi.

Maafkan aku,
Andai aku yang merubah segalanya.


*credit2tokbomoh*

20/07/2011

KOD : 001

ini cerita aku. cerita tentang kisah kehidupan aku. aku manusia. dan kamu juga manusia. tetapi kita berbeza daripada bermacam sudut. aku cakap ya!, tapi kamu pangkah tidak! aku tertawa terguling terbahak, tapi kamu diam membatu membisu. ini adalah kerana kita berbeza.

kehidupan ini tidak semudah yang disangka. aku lalui dengan berbagai jenis duri rintangan. banyak halangan menjelma, banyak masalah melanda. dan banyak juga kepayahan yang tak terduga. tapi aku, masih mampu berdiri untuk terus berjuang menggapai bintang. menakluk angkasaraya agar aku dapat menterjemahkan impianku ke alam yang nyata. seraya menjadi seorang yang berjaya. 

waktu kecilku sering terpalit dengan kehitaman dosa. dosa ibarat si tanggang yang membuang ibunya. lalu disumpah menjadi batu selamanya. begitulah juga aku, terus menerus melukai ibu bapa ku, yang selama ini membelai diriku, dari kecil hinggalah dewasa.

tapi aku masih tidak sedar akan dosa yang sering mematri diriku. sikap & layanan pada mereka masih tidak berubah. perangaiku menyebabkan luka di hati mereka bertambah parah. belum sembuh parut lama, luka baru ku toreh di hati keduanya. aku cuba untuk berubah. tapi tidak jumpa mana satu jalannya. ku pohon hidayah daripada-Mu, wahai tuhan yang maha esa, agar diri ku yang hina ini berjaya keluar dari kepompong dosa. 

dan aku ingin papa dan mama tahu, bahawa aku terlalu sayang pada kalian, rinduku pada kalian kian menebal. malangnya aku tidak dapat menzahirkan rasa hatiku, kerna aku tidak tahu cara apa untuk persembahkannya.